Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra

Portal PolitikYMM Raja PerempuanYBM Tengku Laksamana
YAM Tengku Puan LaksamanaYBM Tengku Temenggong
YTM Tengku Puan TemenggongSultan Muhammad V (Jawi: سلطان محمد کليما‎; diputerakan pada 6 Oktober 1969) ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15 dan Sultan Kelantan ke-29 yang dimasyhurkan pada 13 September 2010 Masihi[1] bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah. Sebelum ini baginda merupakan Tengku Mahkota Kelantan dan bergelar YTM Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan lsmail Petra, merupakan putera sulung Sultan Kelantan ke-28, Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis. Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’ishah Putri.